Sukarelawan Solat ‘Eidul Fitri 1432H (Volunteers For ‘Eid Prayers)

Bagi Mereka Yang Ingin Menyumbang Tenaga Membantu Persatuan Islam Bagi Membantu Mempersiapkan Solat ‘Eid, PERSIS Mengalu-alukan Bantuannya. Sila Tinggalkan Nama Anda & Nombor Telifon (Untuk Dihubungi)

For those who would like to volenteer/help out in the preparations for ‘Eid Prayers, PERSIS welcomes your participation. Please Leave Your Name & Contact Number.

SHAUM, CARA DAN AMALANNYA

بسم الله الرحمن الرحيم

SHAUM

CARA DAN AMALANNYA

Shaum mempunyai kedudukan yang mendasar dalam Islam, sebagaimana Nabi SAW bersabda :

عُرَى اْلإِسْلاَمِ وَ قَوَاعِدُ الدِّيْنِ ثَلاَثٌ مَنْ تَرَكَ وَاحِدَةً مِنْهُنَّ فَهُوَ بِهاَ كاَفِرٌ، شَهاَدَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَ الصَّلاَةُ الْمَكْتُوْبَةُ و صَوْمُ رَمَضاَنَ.

{ رواه أبو يعلى }

Ertinya : Sendi dan dasar Islam itu tiga. Barangsiapa yang meninggalkan salah satu dari yang tiga itu, maka ia menjadi kafir. Pertama, bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad itu Rasul Allah. Kedua, solat yang difardhukan. Dan yang ketiga, shaum pada bulan Ramadhan.

( H.R Abu Ya’la )

Shaum pernah dilakukan oleh orang-orang Arab sebelum Islam. Siti ‘Aisysh pernah memberitakan,  bahwa  orang-orang  Quraisy  berpuasa  pada hari ‘Asyura )10 Muharram ).

Pada permulaan Islam, Rasulullah SAW meyuruh para sahabatnya melakukan shaum pada hari ‘Asyura, tetapi setelah shaum bulan Ramadhan difardhukan Rasulullah SAW bersabda :

Barangsiapa yang hendak shaum ‘Asyura, hendaklah ia shaum dan barangsiapa yang hendak berbuka, berbukalah ”.

Pada bulan sya’ban tahun kedua hijrah, Allah SWT menurunkan ayatush-shiyam, iaitu surah Al-Baqarah ayat 183 – 185.

Sembilan kali Rasulullah SAW shaum pada bulan Ramadhan. Diantara yang sembilan kali itu, hanya satu kali umur bulannya yang tiga puloh hari, sedangkan yang lainnya umur bulannya dua puloh sembilan hari. Umur bulan hijriyah itu adakalanya tiga puloh hari dan adakalanya dua puloh sembilan hari.

Definasi Shaum.

Shaum menurut pengertian Islam ialah :

اَلإِمْساَكُ عَنِ اْلأَكْلِ وَ الشُّرْبِ وَ غِسْياَنِ النِّساَءِ مِنَ الْفَجْرِ إِلَى الْمَغْرِبِ إِحْتِساَباً للهِ وَ إِعْدَادًا  لِلنَّفْسِ وَ تَهِيْهَةً لَهاَ لِتَقْوَى اللهِ بِالْمُرَاقَبَةِ وَ تَرْبِيَّةِ اْلإِرَادَةِ.

{ تفسير المنار 2 : 157 }

Ertinya : Shaum ialah menahan dari makan, minum dan bersetubuh dengan perempuan, dari mulai terbit fajar sampai maghrib, kerana mengharapkan ridha Allah SWT dan mempersiapkan serta melatih diri untuk bertakwa kepada Allah, dengan jalan muraqabah dan melatih kemahuan.                              ( Tafsir Al-Manar )

Dalam kitab Subulus Salam juz kedua halaman 206, definasi shaum itu adalah sebagai berikut :

اَلإِمْساَكُ عَنِ اْلأَكْلِ وَ الشُّرْبِ وَ الْجِماَعِ وَ غَيْرِهاَ مِمَّا وُرِدَ بِهِ فِي النَّهاَرِ عَلَى الْوَجْهِ الْمَشْرُوْعِ وَ يَتْبَعُ ذَلِكَ اْلإِمْساَكُ  عَنِ اللَّغْوِ وَ الرَّفَثِ وَ غَيْرِهاَ مِنَ الْكَلاَمِ الْمُحَرَّمِ وَ الْمَكْرُوْهِ فِي وَقْتٍ مَخْصُوْصٍ بِشَرَائِطَ مَخْصُوْصَةٍ.

{ تعليق بلوغ المرام : 130 }

Ertinya : Shaum itu ialah menahan diri dari makan, minum, jima’ dan lain-lain yang telah diperintahkan menahan diri daripadanya, sepanjang hari menurut hukum yang disyari’atkan; serta pula hal itu dengan menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia dan kotor, serta yang lain dari perkataan-perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan, pada waktu yang telah ditentukan, dengan syarat-syarat yang telah ditentukan juga.                                     ( Komentar Bulughul Maram 130 )

Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah SWT berfirman :

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّياَمِ الرَّفَثُ إِلَى نِسآءِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَ أَنْتُمْ لِباَسٌ لَهُنَّ عَلِمَ اللهُ أَنَّكُمْ تَخْتاَنُوْنَ أَنْفُسَكُمْ فَتاَبَ عَلَيْكُمْ وَ عَفاَ عَنْكُمْ فَالآنَ باَشِرُوْهُنَّ وَ ابْتَغُوْا ماَ كَتَبَ اللهُ لَكُمْ وَ كُلُوْا وَ اشْرَبُوْا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوْا الصِّياَمَ إِلَى اللَّيْلِ وَ لاَ تُباَشِرُوْهُنَّ وَ أَنْتُمْ عاَكِفُوْنَ فِي الْمَساَجِدِ تِلْكَ حُدُوْدُ اللهِ فَلاَ تَقْرَبُوْهاَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ آياَتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُوْنَ.

Ertinya : “ Telah dihalalkan bagimu pada waktu malam shiyam berhubungan dengan isteri-isterimu. Mereka itu pakaian bagimu dan kamu pun pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu menahan nafsu dirimu, lalu Allah menerima taubatmu dan mengampuni dosamu. Maka sekarang bolehlah kamu berhubungan dengan isterimu dan carilah apa-apa yang telah Allah tentukan bagimu, makanlah dan minumlah kamu sehingga jelas bagimu benang yang putih dari benang yang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah shaummu sampai malam ( sampai maghrib ), dan kamu jangan menggauli isterimu sedangkan kamu ber’itikaf di masjid. Itulah batas-batas Allah, janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka bertakwa ”.

Kesimpulan ayat tersebut, antara lain :

  1. Halal berhubungan suami-isteri pada waktu malam shiyam. Batas malam itu ialah mulai maghrib sampai terbit fajar.
  1. Boleh makan dan minum pada waktu malam ( antara maghrib dan terbit fajar ).
  1. Waktu shaum itu mulai terbit fajar shubuh sampai terbenam matahari                ( maghrib ).
  1. Tidak boleh berjima bagi orang yang ber’itikaf di masjid, meskipun pada malam hari.

Waktu Shaum.

Sabda Rasulullah SAW :

صُوْمُوْا لِرُؤْيَتِهِ وَ أَفْطَرُوْا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غَمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوْ عِدَّةَ شَعْباَنَ ثَلاَثِيْنَ يَوْماً.                                                  { رواه البخاري من أبي هريرة }

Ertinya : “ Shaumlah kamu setelah melihat bulan ( tanggal 1 Ramadhan ) dan berbukalah setelah melihat bulan ( tanggal 1 Syawal ). Tetapi jika cuaca mendung bagimu ( sehingga bulan tidak terlihat ), maka sempurnakanlah bilangan bulan Sya’ban 30 hari ”.                                                  ( H.R Al-Bukhari dari Abu Hurairah )

أُحْصُوْا هِلاَلَ شَعْباَنَ لِرَمَضَانَ.                    { رواه الترمذي من أبي هريرة }

Ertinya : “ Hitunglah tanggal bulan Sya’ban untuk menentukan bulan Ramadhan ”.

( H.R At-Tirmidzi dari Abu Hurairah )

تَرَائَى النَّاسُ الْهِلاَلَ فَأَخْبَرْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلّى الله عليه و سلّم إِنِّي رَأَيْتُهُ فَصاَمَ وَ أَمَرَ النَّاسَ بِصِياَمِهِ.                                                                { رواه أبو داود و الدارقطني }

Ertinya : “ Manusia sedang sibuk melihat bulan, lalu aku beritakan kepada Rasulullah SAW, bahwa saya telah melihat bulan tanggal satu Ramadhan, maka berpuasalah Rasulullah SAW dan beliau perintahkan kepada orang-orang agar berpuasa ”.                                                            ( H.R Abu Dawud dan Ad-Daraquthni )

إِنَّماَ الشَّهْرُ تِسْعٌ وَ عِشْرُوْنَ فَلاَ تَصُوْمُوْا حَتَّى تَرَوُا الْهِلاَلَ وَ لاَ تُفْطِرُوْا حَتَّى تَرَوْهُ فَإِنْ غَمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوْا لَـهُ.                                                    { رواه البخاري و مسلم }

Ertinya : “ Sesungguhnya bulan itu ( adakalanya ) dua puloh sembilan hari. Maka janganlah kamu berpuasa, sehingga kamu melihat bulan ( tanggal 1 Ramadhan ), dan janganlah kamu berbuka, sehingga kamu melihat bulan ( tanggal 1 Syawal ). Tetapi apabila cuaca mendung maka perkirakanlah baginya ”.

( H.R Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Umar )

Dengan empat hadits diatas, kita memperolehi pengertian :

  1. Bahwa untuk memulai shaum dan berbuka Ramadhan harus berdasarkan hasil ru’yat, bahwa pada hari itu betul-betul tanggal 1 Ramadhan untuk memulai shaum dan tanggal 1 Syawal untuk memulai berbuka ( hari raya ).

Pelaksanaan ru’yat ( melihat bulan pada tanggal satu ) boleh langsung dengan mata kepala sendiri atau dengan melalui ilmu Hisab. Pada dasarnya ru’yat itu hanya sekedar alat untuk menghasilkan hilal. Kita boleh menggunakan cara apapun, asalkan dapat menghasilkan hilal tepat dan dapat dipertanggungjawabkan. Yang melaksanakan ru’yat / hisab, itu tidak semua orang, cukup oleh sebahgian saja kerana hal itu memerlukan sesuatu keahlian khusus.

  1. Kalau terjadi cuaca mendung sehingga bulan tidak terlihat kerana terhalang, kita mengambil cara yang lain iaitu dengan jalan menyempurnakan bulan Sya’ban menjadi tiga puloh hari. Tetapi sebenarnya, meskipun keadaan cuaca mendung, bagi ahli hisab tidak menjadi persoalan. Kerana mereka masih boleh menghitung dengan melalui ilmunya, sehingga hilal dapat diperolehinya.
  1. Kewajiban berpuasa pada bulan Ramadhan itu sebulan lamanya. Satu bulan adakalanya 30 hari adakalanya 29 hari.

Berpuasa Dengan Baik.

Rasulullah SAW bersabda :

قَالَ اللهُ عَزَّ وَ جَلَّ : كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلاَّ الصَّوْمُ فَإِنَّهُ لِيْ وَ أَجْزِى بِهِ وَ الصِّياَمُ جُنَّةٌ فَإِذَا كاَنَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفَثْ وَ لاَ يَسْخَبْ فَإِنْ ساَبَّهُ أَحَدٌ أَوْ قاَتَلَهُ فَلْيَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ إِنِّي صاَئِمٌ وَ الَّذِيْ نَفْسُ مَحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوْفُ فَمِّ الصَّائِمِ أَطْيَبُ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ لِلصَّائِمِ فَرْحَتاَنِ يَفْرَحُهُماَ, إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَ إِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ.                                               { رواه البخاري }

Ertinya : Telah berfirman Allah ‘Azza Wa Jalla : “ Setiap amal ibnu Adam                 ( manusia ) itu untuknya, kecuali puasa. Sebab puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Puasa itu adalah perisai. Maka apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa, janganlah ia mengeluarkan kata-kata yang buruk ( keji ) dan membangkitkan syahwat kepada perempuan dan janganlah ia berbuat kekacauan. Maka jika ada yang mencaci-maki / memarahi atau hendak membunuh, maka hendak ia berkata : “ sesungguhnya aku sedang berpusa ”. Demi Allah yang diri Muhammad berada ditangan kekuasaanNya, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa, lebih harum daripada bau kasturi yang harum. Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan; kegembiraan dikala berbuka dengan puasanya dan kegembiraan dikala berhadapan dengan Tuhannya kerana puasanya ”.                                                                   ( H.R Al-Bukhari )

إِذَا صُمْتَ فَلْيَصُمْ سَمْعُكَ وَ بَصَرُكَ وَ لِساَنُكَ عَنِ الْكَذْبِ وَ الْمَأْثَمِ وَ دَعْ آذَى الْخاَدِمِ وَ لْيَكُنْ عَلَيْكَ وَقاَرٌ وَ سَكِيْنَةٌ يَوْمَ صِياَمِكَ وَ لاَ تَجْعَلْ يَوْمَ فِطْرِكَ وَ يَوْمَ صِياَمِكَ سَوَاءً.                                                                                          { رواه جابر بن عبد الله }

Ertinya : “ Apabila kamu berpuasa, hendaklah berpuasa pula pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu dari dusta dan kedurhakaan, dan janganlah kamu menyakiti pelayanmu, dan hendaklah kamu berlaku tenang dan tenteram pada hari-hari puasamu, dan janganlah kamu samakan harihari puasamu dengan hari-hari tidak berpuasa ”.                                                           ( Riwayat Jabir bin Abdillah )

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَ الْعَمَلَ بِهِ وَ الْجَهْلَ فَلَيْسَ للهِ حاَجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعاَمَهُ وَ شَرَابَهُ.                                                                             { رواه البخاري }

Ertinya : “ Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan zur ( dusta, umpat dan kata-kata yang mengandungi kebencian Allah ), dan tiada meninggalkan perbuatan itu dan tiada meninggalkan kejahilan, maka tidak ada hajat bagi Allah ( tidak ada ertinya ) ia meninggalkan makan dan minumnya ”.

( H.R Al-Bukhari dari Abu Hurairah )

Selain dari keterangan-keterangan tersebut diatas, masih banyak lagi keterangan-keterangan yang lain, yang menunjukkan shaum itu bukan hanya meninggalkan makan, minum dan mengauli isteri saja, tetapi harus disertai dengan kegiatan-kegiatan yang diridhai Allah SWT dan meninggalkan sesuatu yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya.

Jadikanlah puasa itu sebagai kesempatan untuk memperbanyakkan amal shalih dan membersihkan segala amal yang jahat, sehingga dengan cara itu, shaum benar-benar mempunyai makna yang bererti.

Memperbanyakkan Amal shalih.

Shaum yang kita lakukan, hendaklah disertai oleh berbagai macam kebaikan. Kerana amal kebaikan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan itu, jauh lebih baik daripada amal kebaikan yang dilakukan pada bulan-bulan lainnya. Kesempatan ini harus kita manfaatkan semaksimal mungkin. Rasulullah SAW bersabda :

كاَنَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه و سلم أَحْسَنَ النَّاسِ وَ أَشْجَعَ النَّاسِ وَ أَجُوْدَ النَّاسِ.

{ رواه البخاري و مسلم }

Ertinya : “ Adalah Rasulullah SAW sebaik-baik manusia, seberani-berani manusia dan semurah-murah tangan manusia ”.                        ( H.R Al-Bukhari dan Muslim )

أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ صَدَقَةٌ فِي رَمَضاَنَ.                                  { رواه الترمذي }

Ertinya : “ Sedekah yang paling utama ialah sedekah pada bulan Ramadhan ”.

( H.R At-Tirmidzi )

مَنْ فَطَّرَ صاَئِماً فَلَهُ مِثْـلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ.

{ رواه أحمد }

Ertinya : “ Siapa yang memberi makan untuk berbuka puasa, maka baginya akan memperoleh ganjaran seperti ganjaran yang diperoleh yang berpuasa, sedikit pun tidak dikurangi dari ganjaran yang diberikan kepada yang berpuasa itu ”.

( H.R Ahmad )

شَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرٌ كَتَبَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِياَمَهُ وَ سَنَنْتُ لَكُمْ قِياَمَهُ فَمَنْ صاَمَهُ وَ أَقاَمَهُ إِيْماَناً وَ احْتِساَباً خَرَجَ مِنْ ذُنُوْبِهِ كَيَوْمٍ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ.     { رواه ابن خزيمة }

Ertinya : “ Bulan Ramadhan ialah suatu bulan yang Allah SWT telah mewajibkan atasmu shaum dantelah menyunatkan bagimu solatnya ( solat Tarawih ). Maka barangsiapa yang shaumnya dan solatnya kerana iman dan mengharapkan rahmat Allah SWT, maka ia keluar / bebas dari dosanya seperti pada hari-hari ia keluar dari rahim ibinya ( tanpa dosa ) ”.                                      ( H.R Ibnu Khuzaimah )

مَنْ صاَمَ رَمَضاَنَ فَعَرَفَ حُدُوْدَهُ وَ تَحَفَّظَ مِمَّا يَنْبَغِى لَهُ أَنْ يَتَحَفَّظَ مِنْهُ كَفَّرَ ذَلِكَ ماَ قَبْلَهُ.                                                         { رواه ابن حبان من أبي سعيد الخدري }

Ertinya : “ Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan menjaga batas-batasnya dan memelihara diri dari yang layak ( patut ) ia pelihara daripadanya, maka hal itu akan menutup dosa-dosa yang telah lalu ”.    ( H.R Ibnu Hibban dari Abi Sa’id Al-Khudri )

مَنْ أَتَى عَلَيْهِ رَمَضاَن فَصاَمَ نَهاَرَهُ وَ صَلَّى وِرْدًا مِنْ لَيْلِهِ وَ غَضَّ بَصَرَهُ وَ حَفِظَ فَرْجَهُ وَ لِساَنَهُ وَ يَدَهُ وَ حاَفَظَ عَلَى صَلاَتِهِ فِي الْجَماَعَةِ وَ بَكَّرَ إِلَى جُمْعَةٍ فَقَدْ صاَمَ الشَّهْرَ وَ اسْتَكْمَلَ اْلأَجْرَ وَ أَدْرِكَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ وَ فاَزَ بِجاَئِزَةِ الرَّبِّ.

{ رواه أبو جعفر بن باقر }

Ertinya : “ Barangsiapa yang kedatangan bulan Ramadhan, lalu ia berpuasa di siang harinya dan solat di malam-malamnya, ia menundukkan matanya                  ( penglihatannya ), memelihara kemaluannya, lidahnya, tangannya, ia memelihara solatnya dalam berjama’ah, ia berpagi-pagi ( awal-awal ) pergi solat Jum’at; maka sungguh ia berpuasa sebulan penuh dengan sempurna dan mendapati Lailatul Qadar dan mendapat pemberian Tuhan.                               ( Riwayat Abu Ja’far bin Baqir )

Zakat Fithrah.

Dalam hal ini Allah SWT telah berfirman :

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى، وَ ذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى.         { سورة الأعلى 14 – 15 }

Ertinya : “ Sesungguhnya berbahagialah orang yang membersihkan dirinya. Dan ingat kepada nama Tuhannya serta ia bersolat ”.                  ( Q.S Al-‘Ala : 14 – 15 )

قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ : فَرَضَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه و سلّم زَكاَةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَ الرَّفَثِ وَ طُعْمَةً لِلْمَساَكِيْنِ فَمَنْ أَدَّاهاَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَهِيَ زَكاَةٌ مَقْبُوْلَةٌ وَ مَنْ أَدَّاهاَ بَعْدَ الصَّلاَةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنَ الصَّدَقاَتِ.

{ رواه أبو داود و ابن ماجه و الدارقطني و الحاكم }

Ertinya : “ Telah berkata Ibnu Abbas : Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fithrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkataan yang sia-sia dan kotor, dan sebagai makanan bagi orang-orang yang miskin. Maka barangsiapa yang mengeluarkan / membahagikan zakat fithrah itu sebelum solat ( solat hari raya ), maka zakat itu ialah zakat yang diterima. Dan barangsiapa yang mengeluarkan / membahagikan zakat itu sesudah solat ( solat ‘Iid ), maka zakat tersebut hanya menjadi sedekah biasa saja ”.

( H.R Abu Dawud, Ibnu Majah, Ad-Daraquthni dan Al-Hakim )

قاَلَ ابْنُ عُمَرَ : فَرَضَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه و سلم زَكاَةَ الْفِطْرِ صاَعاً مِنْ تَمَرٍ أَوْ صاَعاً مِنْ شَعِيْرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَ الْحُرِّ وَ الذَّكَرِ وَ اْلأُنْثَى وَ الصَّغِيْرِ وَ الْكَبِيْرِ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَ أَمَرَ بِهاَ أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوْجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ.

{ رواه البخاري و مسلم }

Ertinya : “ Telah berkata Ibnu ‘Umar : Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fithrah satu sha’ ( lebih kurang 3¼  litre ) dari kurma atau sa’ir kepada seorang hamba, merdeka lelaki dan perempuan, orang yang masih kecil dan yang sudah besar dari orang yang beragama Islam; dan Rasulullah SAW menyuruh agar dilaksanakan ( dibahagikan kepada mustahiqnya ) sebelum melaksanakan solat     ( solat ‘Iid ) ”.                                                             ( H.R Al-Bukhari dan Muslim )

قاَلَ ناَفِعٌ : إِنَّ عَبْدَ اللهِ بْنِ عُمَرَ يَبْعَثُ بِزَكاَةِ الْفِطْرِ لِلَّذِيْ يُجْمَعُ عِنْدَهُ قَبْلَ الْفِطْرِ بِيَوْمَيْنِ أَوْ ثَلاَثَةٍ.                                                                              { رواه مالك }

Ertinya : “ Telah berkata Nafi’ : Sesungguhnya ‘Abdullah bin ‘Umar, beliau mengirimkan zakat fithrahnya kepada amil pemungut zakat ( Jami’uz –zakat ) sebelum hari raya dua atau tiga hari lagi ”.                                            ( Riwayat Malik )

صَدَقَةٌ تُؤْخَذُ مِنْ أَعْنِياَئِهِمْ وَ تُرَدُّ إِلَى فُقَرَائِهِمْ.                   { رواه البخاري و مسلم }

Ertinya : “ Sedekah itu dipungut dari orang-orang yang mampu ( orang-orang  Islam ) dan diberikan kepada fuqara muslimin”.          ( H.R Al-Bukhari dan Muslim )

KESIMPULAN :

  1. Bahwa setiap orang Islam yang mampu, atau yang berada dibawah pengurusan orang yang mampu berzakat fithrah, baik lelaki maupun perempuan, hamba atau merdeka, orang tua atau kanak-kanak ( termasuk bayi yang masih berada dalam rahim ibunya ), agama telah mewajibkan mengeluarkan zakat fithrah. Jumlahnya satu sha’ untuk setiap orang berupa makanan asas, umpamanya dengan beras atau boleh juga dengan wang seharga beras tersebut.
  1. Zakat itu diambil dari setiap orang yang mampu dan diberikan kepada orang-orang yang tidak mampu dan para mustahiq lainnya.
  1. Menitipkan zakat fithrah kepada panitia pengumpul zakat ( Jami’uz Zakat ) boleh dilakukan jauh sebelum solat hari raya dilakukan. Tetapi membahagikan zakat fithrah langsung kepada mustahiqnya, harus pada waktu antara solat shubuh dan solat ‘Iid; tidak boleh dilakukan ( dibahagikan ) sebelum shubuh atau sesudah solat ‘Iid. Ibnu ‘Uyainah dalam tafsirnya dari ‘Amir bin Dinar dan ‘Ikrimah, bahwa yang dimaksud dengan surah Al-‘Ala ayat 14 dan 15 itu ialah antara dua solat.
  1. Zakat fithrah termasuk kepada kategori shadaqah, maka oleh kerana itu, mustahiq zakat fithrah ialah sebagaimana yang tertera dalam surah At-Taubah ayat 60 iaitu : Orang-orang yang faqir dan miskin, para pekerja zakat ( amil ), orang-orang yang dijinaki hatinya ( muallaf ), untuk memerdekakan hamba, orang-orang yang berhutang, untuk sabillillah ( kepentingan agama ) dan ibnu sabiil.

PERSIS Ramadhan Activities

Date(s) Time Activity Imaam For The Night
1 10 August 2010 8.30pm Isya’ Prayers / Taraweeh / Ramadhan Talk Ustaz Kamarudin Ahmad Mustaffa
2 13 August 2010 9.00pm Isya’ Prayers / Taraweeh / Tadarus Al-Qur’an
3 14 August 2010 9.00pm Bro. Amri Hasbi
4 15 August 2010 9.00pm Ustaz Kamarudin Ahmad Mustaffa
5 20 August 2010 9.00pm
6 21 August 2010 7.00pm Ifthar / Maghrib Prayers / Isya’ Prayers / Taraweeh / Tadarus Al-Qur’an Bro. Amri Hasbi
7 22 August 2010 9.00pm Isya’ Prayers / Taraweeh / Tadarus Al-Qur’an Ustaz Kamarudin Ahmad Mustaffa
8 27 August 2010 9.00pm
9 28 August 2010 9.00pm Bro. Amri Hasbi
10 29 August 2010 9.00pm Ustaz Kamarudin Ahmad Mustaffa
11 30 August 2010 9.00pm Bro. Amri Hasbi
12 31 August 2010 9.00pm Ustaz Kamarudin Ahmad Mustaffa
13 1 September 2010 9.00pm Bro. Amri Hasbi
14 2 September 2010 9.00pm Ustaz Kamarudin Ahmad Mustaffa
15 3 September 2010 9.00pm Bro. Amri Hasbi
16 4 September 2010 7.00pm Ifthar / Maghrib Prayers / Isya’ Prayers / Taraweeh / Tadarus Al-Qur’an Ustaz Kamarudin Ahmad Mustaffa
17 5 September 2010 9.00pm Isya’ Prayers / Taraweeh / Tadarus Al-Qur’an Bro. Amri Hasbi
18 6 September 2010 9.00pm Ustaz Kamarudin Ahmad Mustaffa
19 7 September 2010 9.00pm Bro. Amri Hasbi
20 8 September 2010 9.00pm Ustaz Kamarudin Ahmad Mustaffa